Bersyukurkah Kita?

This post was published on March 4, 2014, on one of my older blogs. Decided to repost it here at Her Little Guilty Pleasures due to the reasons that I mentioned in this post.

*************************


Satu hari saya sendawa dalam kelas. Lepas tu, saya pun cakaplah, "Alhamdulillah". Kawan saya dekat sebelah (he's a Christian Chinese by the way) pun tanyalah sesuatu dekat saya yang buat saya muhasabah diri saya balik.

"Farah, saya nak tanya something dekat Farah. Farah jangan marah ya."

"Shoot!"

"Bila you cakap Alhamdulillah tu kan, you betul-betul bersyukur ke you dapat makan sedap-sedap and then kenyang, or you dah terbiasa cakap Alhamdulillah tu bila you sendawa?"

"Interesting. You know what? I memang bersyukur sebab dapat makan sedap-sedap dan kenyang tapi bila you tanya macam ni, tiba-tiba I rasa I cakap Alhamdulillah tu sebab dah terbiasa. Alamak, macam mana ni?! You made me so confused T^T"

"I tanya je tau. You tak payah rasa bersalah ke apa ke tau."




Gratitude


Merujuk kembali kepada perbualan di atas, pernah tak awak tanya dekat diri awak bila awak sebut alhamdulillah (dalam kes ni, sendawa kenyang lepas makan), awak betul-betul bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan tu atau awak dah terbiasa dari kecil sebut Alhamdulillah lepas sendawa kenyang makan.

Malam yang kawan saya tanya soalan tu, lama juga saya muhasabah diri saya balik. Betul-betul rasa terpanar dengan soalan kawan tu. Soalan simple macam tu tiba-tiba buka soalan lain dalam diri saya dan buat saya reevaluate diri saya balik.

Agak-agak, berapa banyak nikmat Allah yang kita dapat selama ni, kita memang betul-betul ikhlas ucapkan alhamdulillah bila kita terima nikmat-nikmat tu? Adakah ucapan syukur, ucapan alhamdulillah tu hanya di mulut sahaja? Sampai ke tidak perasaan dan ucapan syukur tu ke hati kita? Adakah perbuatan dan amalan harian kita menunjukkan yang kita ni bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah? Dan, adakah kita menggunakan segala nikmat yang dikurniakan Allah tu untuk benda-benda yang hak?

Wallahu a'lam. Things to ponder eh? ㅠㅠ

Update in 2019: I'm looking for this ustazah side of me. If found, please redirect it to me. Truly appreciate it. ㅠㅠ

Post a Comment

14 Comments

  1. At least, it shows that you are already grown with good value of saying Alhamdulillah, that's really great tho. :)

    Looking forward to random post like this :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tapi itulah soalan dia macam menusuk hati sangat. Maybe tanpa sedar, cuma terbiasa je cakap Alhamdulillah tanpa betul-betul rasa bersyukur. Hinanya diri ni ㅠㅠ

      Not sure when will I post something like this. Mainly because I couldn't find this side of me right now.

      Delete
  2. Say allahamdullilah dengan ikhlas, tuhan lebih tahu siapa yang ucap dengan ikhlas. Dimasa kita senang atau susah, kalau guna perkataan itu dengan benar2 hayati.. kamu akan rasa tenang~

    ReplyDelete
  3. Bagus sebenarnya ada kawan yang suka tanya soalan2 yang 'random' macam ni. I have a Christian friend who's like that also. Jenuh juga nak menjawab soalan dia..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Sangat beruntung kalau ada kawan yang tanya soalan random macam ni and yes, memang kadang jenuh nak menjawab ㅠㅠ

      Delete
  4. Indirect reminder hahaha. Sometimes ada orang macam diorang (yang curious bab2 agama) is good too sebab they will subconsciously urge us to think.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Indirect reminder and yes, this kind of people will urge to think.

      Delete
  5. simple but deep kan.. menusuk kalbu. tak pernah terfikir pun..
    huurm.. dala kadang2 pun lupa sebut T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, it was such a harmless question tapi itulah, buat saya banyak berfikir ^^

      Delete
  6. Kadang kadang random question macam ni pun boleh buat kita berfikir sekejap. Sama lah Nani pun kadang kadang dah terbiasa sebut macam tu. Dia macam automatic aje akan sebut alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Soalan random je pun. And yes, kita pun rasa kadang-kadang automatic je alhamdulillah tu keluar. Betul-betul bersyukur ke tidak tu, wallahu a'lam ㅠㅠ

      Delete
  7. kita mengungkapkan Alhamdulillah mungkin sbb kita dah terbiasa dr kecil (diajar sebegitu)... tp bg sy menzahirkan kesyukuran itu bukan shj dgn kata2 tetapi jg dgn hati dan perlakuan (contoh, solat dan keikhlasan bersedekah) wallahu 'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, betul tu. This is what I want myself and others to think about. Cara hidup kita ni tunjuk tak yang kita ni sebenarnya bersyukur dengan segala rezeki yang Allah berikan? Or, cara hidup kita ni tunjuk yang kita kufur nikmat?

      Delete

Post a Comment

Contact Form