Friday, February 01, 2019

Niagara Falls for the First Time

This post was published on April 4, 2014 on one of my older blogs. Decided to repost it here at Her Little Guilty Pleasures due to reasons that I mentioned in this post.

*************************

Ini long overdue punya post sebab fikir banyak kali nak post ke tak. Semuanya sebab trip ni buat saya gembira dan sedih pada waktu yang sama.

Niagara Falls ni memang antara benda teratas dalam wish list saya. Sejak dari kecil lagi, sejak tahu Niagara Falls ni wujud dekat muka bumi ni, saya memang teringin sangat nak pergi. Semuanya sebab saya terpesona dengan kecantikan Niagara Falls masa saya tengok The Amazing Race (tak ingat season berapa).

Dulu-dulu ingat Niagara Falls ni dekat US. Tapi, bila sampai Canada, tengok dekat list of attractions ada Niagara Falls. Masa tu baru tahu yang Niagara Falls ni terletak dekat US-Canada border. Lame sangat T___T

Niagara Falls in The Amazing Race Canada
Niagara Falls dalam The Amazing Race Canada

Bila tahu Niagara Falls ni dekat US-Canada border, impian tu rasa dekat sangat. Jadi, masa winter break lepas, December 14, 2013 (Oh myyyyy! Dah 3 bulan lebih rupanya post ni tertangguh) saya ambil keputusan untuk pergi ke Niagara Falls bersama Jedis yang lain. Walaupun saya ni tak suka travel masa winter, tapi saya gigihkan diri juga sebab nak realisasikan impian saya ni.


YH yang planned benda ni sebab dia sebenarnya yang nak pergi sebab dia nak bawa mak dia jalan-jalan dekat sini. Buat pertama kalinya, saya memang lepas tangan. Saya tak buat research langsung. I guess it was a stupid decision. Haih.

Waktu cakap, "Yes! Nak ikut juga! Oh my god! Niagara Falls is one of my childhood dreams." tu saya memang rasa excited sangat. Lepas habis excited, baru terfikir sempat ke nak tengok Niagara Falls masa siang sebab masa winter, malamnya cepat dan panjang. Tapi, pasal teringin sangat saya pergi juga.

Farah H at Niagara Falls
Hi, meet Mummy, YH's mum :)
Snow turun tak henti-henti.

Kami keluar rumah pukul 6:30 pagi sebab bas dari Guelph ke Toronto pukul 7:15 pagi. Waktu keluar tu, mula rasa tak sedap hati sebab snow turun agak lebat dan angin sejuk dan kencang gila. Sampai Toronto dalam pukul 9:00 pagi macam tu. Lepas tu, kena tunggu 3 jam sebab bas Toronto-Niagara Falls pukul 12 tengah hari. Dekat Toronto, cuaca jadi makin teruk. Bertambah rasa tak sedap hati.

Tanya YH, "Sempat ke agak-agaknya nak tengok Niagara Falls masa siang?" Dia cakap, "Boleh punya. Toronto-Niagara Falls 2 jam je. You still have 2 hours before the sun sets." Tapi, Allah tu sebaik-baik perancang. Cuaca masa tu makin teruk. Bila dekat highway, tak boleh nampak dengan jelas pun apa yang ada dekat depan. Sangat bahaya :(


Bila dah sampai dekat Mississauga, bus driver buat pengumuman dia cakap cuaca teruk sangat dan highway yang sepatutnya kami guna ditutup, jadi dia kena buat detour guna highway lain. Bila kena buat detour ditambah lagi dengan cuaca yang teruk, perjalanan yang sepatutnya 2 jam jadi 4 jam T___T

Bila sampai Niagara, city bus dia pula lambat. Bila dah naik bus, kami diturunkan di tempat yang agak jauh daripada air terjun tu. Natijahnya, memang saya tak sempat tengok Niagara Falls masa siang. Sedihnya masa tu, Allah je yang tahu. Tapi, alang-alang dah sampai, gigihkan juga diri pergi tengok Niagara Falls masa tu.

Niagara Falls in Winter
Ini je yang kamera saya mampu tangkap.
Nampak tak bezanya dengan gambar yang dekat atas tu?

Sampai dekat Niagara Falls, tak nampak apa pun! Gelap sangat sebab takde lampu. Sepatutnya ada lampu warna-warni kalau malam, tapi malam tu takde lampu pun. Mengagau cari lampu supaya dapat tengok Niagara Falls dengan jelas. Bila dah nampak bayang-bayang Niagara Falls tu, saya menangis sebab rasa gembira sangat. Rasa macam one of my dreams came true (sort of).

Lepas spent hampir 1 jam, kami terus balik. Cuaca masih macam tu juga. Sampai Toronto cari kedai makan yang masih buka, makan dan terus balik Guelph. Sampai Guelph dalam pukul 1 pagi. Memang balik je semua terbaring kepenatan.


Walaupun sedih sebab tak dapat tengok Niagara Falls masa siang, masa tengah cantik, saya masih rasa bersyukur sebab dapat jejakkan kaki ke sini. Insya Allah, akan pergi sekali lagi at the end of this month, tak pun sebelum fall semester start.

May Allah ease my plan :)

Farah H at Niagara Falls
Satu-satunya gambar yang decent, yang nampak macam orang dan berlatar belakangkan Niagara Falls.
Niagara Falls, tunggu Farah datang sekali lagi!

20 comments:

  1. i was there 22 years ago *omg kertunya iols*
    pun sama jugak pegi time winter and cuaca agaklah sendu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh, lagi lama. 22 years ago? I wonder how Niagara Falls looked like 22 years ago? Sedih gila kan bila pergi mana-mana cuaca sendu macam ni T^T

      Delete
  2. Wahhh seronok nyaa teringin jugak nk pegi. Sebab view dia cntik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niagara Falls lagi akan nampak cantik bila cuaca cantik :)

      Delete
  3. Mashaallah... cantik level tak boleh brain! T^T *which one?
    ... the view plus orang2 dalam gambar tu heheh :P

    ReplyDelete
  4. wahh I wish I can go there too...

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya kamu dapat pergi sana. Saya pun tak dapat bayangkan macam mana perasaan kalau dapat tengok tempat cantik mcm tu, saya pun mesti menangis mcm kamu sebab faham perasaannya mcm mana :')

    ReplyDelete
  6. pictures during winter will be very beautiful if the sky is bright, kann? :D

    ReplyDelete
  7. ahhh, nie termasuk dalam my bucket list, nak tengok niagara falls depan mata.
    walaupun tak berapa nampak malam2, tapi feel dia ada depan mata tu mesti excited sangat kannnnn T^T

    semoga satu hari nanti boleh repeat tengok waktu siang2, cuaca cantik pulak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak seronok pergi masa summer sebab siang panjang and kalau malam pun tetap akan meriah, insya Allah :)

      For me, dah tak terkilan sangat sebab dah pergi banyak kali ^^

      Delete
  8. I bet Niagara Falls is in everyone's bucket list, even mine. Banyak benda nak buat dekat canada, I even have a file in my laptop penuh with places and stuff I wanted to do in Vancouver, Toronto and Ottawa. Hopefully one day dapat tick off semua bucket list in canada tu.

    Did you get to go and see it again at another time? Sayang sebab gelap tak nampak apa, walaupun the sound can still be lingering in our head..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang sangat dengar orang nak pergi Ottawa. I think you're the first one! I hope I'll get to tick off my Canadian bucket list this year tapi rasa macam tak sempat je cause I don't have enough money T^T

      Yes, I did get to see Niagara Falls again after that. Alhamdulillah. I actuallly have been there few times, though most of the times, cuaca sendu juga.

      Delete
  9. hihi got to read ur pieces in Malay. hehe =D
    kenangan kan tempat jatuh lagikan dikenang. great memories r meant to be remembered. hold them close in your heart ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak tulis in Malay but insya Allah, lepas ni memang akan banyak tulis in Malay kot :D

      Yes, kenangan sangat ^^

      Delete
  10. dah lama pasang impian nk ke sini... bila agaknya rezeki tu yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, one fine day. I dreamed about Niagara Falls ever since I was 11 or 12 kot. Alhamdulillah, I finally got to see it at the age of 21 ^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...