Snowboarding at Blue Mountain Resort

This post was first published on March 13, 2015, on one of my older blogs. Decided to repost it here at Her Little Guilty Pleasures due to the reasons that I mentioned in this post.


*************************


Update in 2019: Wow! I sounded so baku, childish and skema in this post! But, I actually love the fact that I wrote this post mainly in Malay. Lepas ni nak tulis banyak posts in Malay :)


Us at the Blue Mountain Resort
Group picture kena photobombed pun boleh :)

Pada February 15, 2015, kami telah selamat menjejakkan kaki ke Blue Mountain Resort untuk skiing/snowboarding trip anjuran MSA. Sejujurnya saya tak berapa pasti Blue Mountain Resort ni dekat mana sebab langsung tak nampak jalan sepanjang perjalanan. Tingkap bas berais yang macam kalau fridge sejuk sangat tu. Tak nampak apa pun dekat luar.


Pertama kali snowboarding, saya memang takut dan risau sangat. Takut kalau tak dapat tangkap cara yang betul untuk snowboarding. Takut tak dapat snowboarding dengan betul sebab saya memang tak berapa ngam dengan winter sports. Ice skating pun tak lepas lagi. Risau kalau dapat injuries ke apa ke. I can't afford to be sick! Cuaca pula sejuk sangat hari tu. The sensory temperature was -40 ℃.

Farah H at the Blue Mountain Resort
Pura-pura je ni. Boots pun tak strap betul-betul. Hahahahaha :p

Pasal saya dah ada perasaan takut dan risau tu way before I started the practice, memang gelabah habis bila buat betul-betul. Saya rasa saya sampai kena panic attack. Instructor saya pun perasan dan risau. Rasa sedih je sebab tak dapat buat betul-betul lagi. Asyik jatuh. Jatuh pula macam-macam gaya. Yang paling ekstrem dan sakit sekali bila jatuh terhentak kepala. Bergegar kepala. Lepas je jatuh terhentak kepala, terus saya berhenti sebab risau.


Two things to remember if you want to go skiing or snowboarding; do not be afraid falling, and do not give up easily
. Jangan jadi macam saya. Lepas saya jatuh banyak kali sampai yang terhentak kepala tu, terus saya berhenti. Sampai sekarang saya rasa menyesal.

Lepas berhenti, terus saya pergi Blue Mountain Village sebab saya sedih dan sakit sangat. Blue Mountain Village ni cantik sangat-sangat! Too bad saya takde gambar sebab tak bawa kamera keluar. Nak tangkap gambar pakai phone pula nanti tangan sakit sebab kena buka gloves. Dekat sini, baru nampak ada lagi aktiviti yang ditawarkan selain daripada ski dan snowboard. Ada snow tubing, ice skating dan snowshoeing. Teringin nak snow tubing, tapi masa tu tinggal berapa jam je lagi. Tak sempat dah.

Farah H at the Blue Mountain Resort
Muka happy sebab dah nak balik!

Habis jalan dekat Blue Mountain Village, saya balik semula ke slope asal. Tapi, kali ni saya tolong jadi photographer untuk kawan-kawan saya sahaja. Tak larat nak cuba sekali lagi sebab kepala saya masih ting tong lagi.

Apa-apa pun, saya berpuas hati dengan trip kali ni walaupun dapat banyak kecederaan dan masih tak berapa pandai nak snowboarding. At least, saya dah ada pengalaman snowboarding dan dapat explore tempat lain selain daripada Guelph. Oh, and I'm pretty sure this will be my first and last time going snowboarding :p

Update in 2019: I still haven't gone skiing or snowboarding until now though I currently live in the Canadian Rockies; one of the best places to go skiing and snowboarding in Canada!

Post a Comment

8 Comments

  1. just nak cakap, haah, baku sangat. btw, saya penah almost nak jatuh main rollerskate pastu tak maen dahhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baku sangat eh? I guess I'm very baku orangnya. Rasanya bila selalu jatuh tu yang tak dan nak cuba lagi kan? Saya roller blade, alhamdulillah boleh main. Tapi, anything that is related to winter or slippery surface macam skiing, snowboarding, or ice skating, semua tak pandai T^T

      Delete
  2. Harap 2019 ni dapat skiing ye Farah. Jangan lupa share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah nak pergi skiing ke tak. Rasa macam malas. Hahaha. Takut jatuh lagi T^T

      Delete
  3. -40??? kalau sy dah ahom achom daaa...

    tp syok laaa kalau dpt main snowboard ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak bersin pun sebab muka kebas. You can barely feel anything. Hahaha. For me, main snowboard tak best sebab saya tak pandai main snowboard. lol

      Delete

Post a Comment

Contact Form