Thursday, February 07, 2019

Apple Picking at Brantview Apples & Cider

This post was first published on October 24, 2013 on one of my older blogs. Decided to repost it here at Her Little Guilty Pleasures due to reasons that I mentioned in this post.

*********************

Brantview Apples & Cider, Ontario, Canada

Alhamdulillah, boleh cross satu benda dalam wish list saya.

19 October yang lepas, telah selamat memetik epal di ladang epal dan jagung bersama pelajar-pelajar antarabangsa lain. Trip ni anjuran International Student Organization (ISO). Excited sangat nak pergi sebab masa first year tak dapat pergi apple picking. Semuanya gara-gara kesempitan wang. Masa first year, budak-budak Guelph semua miskin sebab kami duduk on-campus. Bayaran residence tu taklah rasa mahal sangat. Yang mahal tu meal plan. Kami semua wajib ambil meal plan sebab residence kami tu antara salah satu north residences dan orang yang duduk dekat north residences semua wajib ambil meal plan.

Brantview Apples & Cider, Ontario, Canada

Anyway, pergi apple picking dekat Brantview Apples dan Cider. Mula-mula tak tahu pun ladang ni dekat mana. Yang saya tahu, ladang ni bukan dekat Guelph. Terima kasih kepada Google, saya baru tahu yang ladang ni terletak dekat dengan Bradford. Sejam naik bas baru sampai dekat sini.



Basically, apa yang awak buat masa pergi apple picking ialah petik epal dan makan epal yang dipetik. Itu sahaja but for me best sangat sebab apples dia wangi sangat-sangat! Selain tu, apples dia fresh yang amat dan dapat cuba pelbagai jenis apples. Antara apples yang terdapat dekat ladang ni; Spartan; Royal Gala; Honey Crisp; Mac; Jonagold, dan lain-lain.

Us at the Brantview Apples & Cider, Ontario, Canada

Orang kata Honey Crisp yang paling sedap, tapi saya tak sempat rasa sebab tak jumpa pokok Honey Crisp. Mana taknya, sikit-sikit berhenti tangkap gambar. Hujan lagi. Habis kasut, kaki, dan stoking basah. Tak sempat nak explore secara menyeluruh. Rasanya macam sempat makan Janagold dan Royal Gala. Entah.

Brantview Apples & Cider, Ontario, Canada

Gembira sangat sebab masa tu baru je habis dua midterms. Konon-konon pergi untuk release tension. Healing time. Alhamdulillah, memang rasa ringan sikit lepas pergi sini. Sebab dapat tengok ladang-ladang dekat sini. Luas terbentang. Depan ladang epal dan jagung ni ada horses stable. Tak tahu stable dalam BM apa. Ladang kuda ke kandang kuda eh?

Pergi dengan kawan-kawan yang dianggap keluarga lagi la rasa best. Bila dah duduk rumah lain-lain, susah nak jumpa untuk bersosial. Paling-paling pun, jumpa dalam kelas. Masa tulah nak begosip, nak meluahkan perasaan, nak itu, nak ini. Mana sempat. Betul tak? Lepas tu, dapat kawan baru lagi. Haa, kan best tu. At least, takdelah kawan dengan dinding je :p

Us at the Brantview Apples & Cider, Ontario, Canada
Malaysians, Brazilians, and Hong Konger united :)



Alhamdulillah, memang rasa trip ni sangat berbaloi. Walaupun trip ni cuma 4 jam sahaja. Dapat makan apples. Dapat bergosip. Dapat meluahkan perasaan. Dapat mendengar ceramah cara-cara memasak dan tips photography daripada baby bro. Sempat juga la kena ketuk dengan baby bro, "Practice your photography skill, Farah. What's the use of your expensive DSLR if you're not taking great and beautiful pictures. Kalau tak nak, bagi I je," Tambah lagi, "Nanti I ajar you cara nak masak cepat-cepat. You must practice, okay? Just ask if you're unsure of something. Remember, masak ni senang je!" Keke :D

In case your guys are wondering, he is an extremely good cook! He cooked for us during our first year. Sekarang pun ada juga cuma tak sekerap dulu. If you follow me on Instagram, I uploaded a picture of bihun goreng tomyam. He's the one who cooked that for us. Extremely sweet brother!

Update in 2019: Kahkahkah! I sounded so innocent here. Can't believe it that I used to be like this :p

8 comments:

  1. Mesti rasa epal tu lain dr malaysia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah sama ke tidak. Hahaha. Saya dekat Malaysia jarang makan epal. Kalau makan epal pun tak ingat epal jenis apa ㅜㅜ

      Delete
  2. jgn nnt ada yg terbaca blog farah ni, g minta keje kt sn nk petik epal sbb nk petik epal kt aussie dah makin susah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sini apple picking is not really a thing and they usually don't hire illegal worker. Tapi, tak tahulah.

      Delete
  3. Nice experince. Teringin nak rasa epal wangi kat sana ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think apples dia wangi sebab banyak sangat apples and segar. Hopefully you'll get to experience it one day :)

      Delete
  4. Kak Siti Humairah mesti suka ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't think kak Siti will love this as much as her other experience :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...